Thursday, April 16, 2015

No Comment

Oh! Media Network

Adik Farid Kamil Minta Maaf, Kakak Ipar Tampil Seksi Dalam Majalah


Bukan sekali, tapi dua kali aktres cantik mencetus kontroversi apabila tampil sangat seksi sehingga menampakkan coli ketika sesi photoshoot untuk majalah hiburan tempatan. Perkara itu telah menerima kritikan dan kecaman dari ramai pihak.


Terbaru, suaminya Farid Kamil mengeluarkan kenyataan bahawa perkara tersebut harus ditanya sendiri kepada pihak pengurusan isterinya iaitu Prokuya Studio yang juga milik adiknya, Fadzil Zahari.



Maka dengan itu, Fadzil tampil membuat kenyataan maaf kepada semua pihak atas apa yang berlaku dan menjelaskan situasi sebenar.
“Sebagai wakil Prokuya Studios, saya harus memikul tanggungjawab ini, seterusnya membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat yang berasa tersinggung. Kami berdiam diri bukan kerana ingin lari daripada memberi komen, tetapi mahu membiarkan keadaan reda terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan.

“Ketika fotografi, saya atau kakitangan lain tiada di lokasi. Jadi kami tidak tahu apa yang berlaku hingga edisi berkenaan berada di pasaran. Gambar itu kemudian membangkitkan kemarahan ramai yang membuatkan kami terpaksa menunggu hingga situasi reda”

“Saya juga tidak menyangka selepas itu muncul pula majalah kedua. Walaupun gambar itu tidak seperti yang pertama, ia sekali lagi membuat orang ramai tersinggung. Pihak kami bukan sengaja mahu membakar lagi suasana dengan satu persatu kontroversi,” tambahnya lagi." ujarnya kepada Berita Harian.

Fadzil mengakui ketika kedua-dua sesi fotografi majalah itu dijalankan pihak pengurusan terlepas pandang akan gambar yang dirakamkan untuk keluaran majalah tersebut.
OHMEDIA: Semoga kita semua mendapat iktibar. Dalam mencari rezeki jangan biarkan yang haram menjadi halal.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer