Friday, April 17, 2015

No Comment

Oh! Media Network

Pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah Azwan Annuar Meninggal Dunia



Pagi ini kami mendapat berita yang menyayat hati bahawa salah seorang daripada pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Berita itu disampaikan oleh wartawan Melodi, Zuan Azmi melalui laman sosial Instagram miliknya. Menurut Zuan, jenazah Anuar akan diuruskan selepas Zohor di Masjid Al-Faizin, Kuala Lumpur.


Dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan memegang watak sebagai Wan Kaswi dan merupakan seorang yang banyak membantu dalam setiap urusan yang dikendalikannya. Malah sentiasa murah dengan senyuman.



 

Takziah kepada keluarga arwah. Sesungguhnya lakonan beliau dalam filem HKLBR sentiasa akan segar dalam hati kami.
 OHMEDIA: Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer