Monday, May 4, 2015

No Comment

Oh! Media Network

Kegigihan Cikgu Muda Berbangsa Cina Mengajar di Sekolah Pedalaman Sarawak


Profession sebagai guru dan pendidik merupakan suatu pekerjaan yang mulia. Tak kira dimana guru ditempatkan pastinya mereka akan melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan baik sekali.

Oh! Media agak tertarik untuk berkongsi tentang seorang guru muda berbangsa Cina yang berkhidmat dikawasan pedalaman yang terpaksa melalui pelbagai cabaran kehidupan tanpa bekalan air, elektrik, internet jika mesin penjana rosak.

Cikgu Jarod Yong merupakan seorang guru bahasa English yang kini menabur bakti di sekolah SMK Katibas, Sarawak. Walaupun jauh dipedalaman tidak mematahkan semangat untuk beliau jadikan impiannya mengubah kehidupan pelajar luar bandar menjadi kenyataan.

http://www.jarodyong.com/2015/04/no-water-no-electricity-at-remote-school.html

Menurut pengalaman Cikgu Yong yang diceritakan melalui blognya, bukan sahaja para pelajar yang terpaksa melalui kehidupan tanpa belakan air, elektrik setiap kali mesin penjana tidak berfungsi malah golongan guru-guru yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, Iban juga terpaksa melalui perkara yang sama.

"Bukan saya seorang sahaja yang bertungkus lumus di sana. Tapi yang ingin membuka mata pihak ramai & berkongsi pengalaman di sini & berkongsi tentang kegigihan guru-guru Melayu, Cina & Iban yang berkhidmat di sini.

Sekarang saya balik sekolah. lepas ini saya tak ada internet. Tak ada line celcom. Tak ada elektrik. " - Jelas Cikgu Yong kepada Oh! Media.
Pengangkutan ke sekolah setiap hari

Apa yang menyedihkan mesin penjana yang setelah sekian lama dipasang semenjak zaman pemerintahan Pak Lah kini semakin kerap rosak dan membuatkan kehidupan mereka disana semakin sukar malah untuk membaikinya sudah pasti mengambil masa berminggu minggu.

Kami khuatir, kenapa mereka terpaksa melalui kesukaran ini sedangkan kita berpijak di bumi dan bernaung dibawah kerajaan yang sama? Bilakah agaknya para pelajar di kawasan pedalaman akan merasai kemudahan yang sama seperti belajar di bandar?

Semoga coretan dan pengalaman Cikgu Jarod Yong bakal membuka mata banyak pihak dan pihak yang berwajib dapat membantu kehidupan mereka ke arah yang lebih baik disana.

Artikel asal : No Water & No Electricity At A Remote School





0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer