Thursday, May 14, 2015


Oh! Media Network

(Gambar) Lana Nodin Kini Sah Bergelar Isteri Daud Mckienzie


Tahniah diucapkan kepada pelakon seksi Lana Nodin,35, kerana sah bergelar isteri kepada atlet bola tampar, David Mckienzi atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Mohd Ramizi Ramli Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan dan berwalikan oleh ayah kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd Zaidi.

Lana menerima mas kahwin bernilai USD10000 atau RM 32000. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta dulang hantaran lima berbalas tujuh.

Majlis akadnikah yang diadakan  di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan itu dihadiri oleh keluarga dan tetamu terdekat.




OHMEDIA: Semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat buat Lana & Daud.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer