Friday, May 15, 2015


Oh! Media Network

Bapa Rogol Anak Guna Jari Hingga Mengandung Dibebaskan

Bunya Jalong ketika keluar mahkamah
 
Seorang bapa yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rogol bawah umur, Bunya Jalong dibebaskan atas alasan tiada bukti berlakunya penetrazi zakar ke atas faraj mangsa.

Tertuduh yang berusia 60 tahun dibebaskan daripada hukuman asalnya selepas mahkamah rayuan mengesahkan memasukkan jari yang berlumur air mani ke dalam faraj mangsa dan bukan melalui penetrasi zakar adalah tidak dianggap rogol. Walaupun ujian DNA membuktikan bahawa Bunya merupakan bapa kepada anak mangsa

Bunya Jalong sebelum ini didapati bersalah merogol anaknya yang berusia 15 tahun sebanyak empat kali pada tahun 2011 di sebuah hotel di Sibu dan mangsa mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012.

Kes ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berpendapat undang-undang seksual perlu dipinda segera bagi mengikut perkembangan masyarakat masa kini.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer