Sunday, May 17, 2015


Oh! Media Network

Graduan Selfie Ketika Konvokesyen UiTM Mohon Maaf Secara Terbuka


Berikutan isu yang hangat diperkatakan semalam, pelajar jurusan fotografi yang mengambil gambar selfie atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung kelmarin menzahirkan permohonan maaf dan kekesalan di dalam dirinya.

Pelajar terbabit, Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, jelas kecewa dengan apa yang berlaku dan menjelaskan semua yang berlaku kerana tidak dapat mengawal rasa keterujaan.
"Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” jelasnya.Graduan jurusan Fotografi dari UiTM Lendu, Melaka itu kini menerima kritikan ramai apabila tindakannya mengambil gambar ‘selfie’ bersama Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub selepas menerima skrol ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 berlangsung menjadi viral di laman sosial.

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));
Tu diaa. Selfie jangan tak selfie.
Posted by Oh! Media on Friday, May 15, 2015

Semalam, Pro Canselor UiTM menegur tindakan tersebut yang digambarkan sebagai tidak menghormati majlis istiadat tersebut dan tiada ketertiban.

BACA: Pro-Canselor Tegur Siswa UiTM Berselfie Semasa Konvokesyen
Muhammad Hasrul berkata, idea untuk ‘selfie’ di atas pentas datang selepas melihat istiadat konvokesyen sebuah universiti tempatan yang menampilkan graduan Sarjana Muda Seni Persembahan Tari melakukan aksi tarian ketika mahu mengambil skrol.

“Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi. Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma,” jelasnya lagi.
Graduan Diploma Fotografi ini dikhabarkan akan digantung berikutan tindakan yang memalukan UiTM tersebut.

OHMEDIA: MESTI SEMUA ORANG TERUJA. TAPI KALAU ADA 1000 PELAJAR NAK NAIK PENTAS, SEMUA NAK BERSELFIE, HABIS ROSAKLAH MAJLIS ISTIADAD YANG HARUS BERJALAN DENGAN LANCAR. RARE BETUL KES NI.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer